Tuesday, July 6, 2010

piala dunia dari perspektif berbeza

assalamualaikum,
sudah lama tidak bersua di ruangan ghaib ini,
insyaAllah dengan penukaran template akn
sedikit sebanyak akan mewarnai blog ni..

sedar x sedar kita dah masuk bulan 7, lebih-lebih lagi dgn
kehadiran piala dunia yg hampir sampai ke kemuncaknya
ttp ingat, makin lanjut usia, makin dekat dgn mati,
dan harapnya lebih bertambah amalan.

rata2 org cerita ttg piala dunia
kami antara golongan yang x terkecuali,
tetapi kali ini diskusi yang membuat kita berfikir.

tgh2 asyik dgn piala dunia, terhighlight satu babak,
bagi yg tengok dan tahu, babak kontoversi
dlm match suku akhir,
Uruguay lwn Ghana

pd minit2 terakhir perlawanan sedang keputusan seri,
Ghana mengasak dan menanduk bola ke arah pintu gol uruguay
dan ditepis oleh tgn pemain penyerang uruguay di tengah2
garisan gol mereka, andai tiada tepisan tersebut, ghana sudah mara
ke pusingan separuh akhir, akn ttp ghana diberi sepakan penalti ,
malang buat mrk apbila penalti yg diberikan x disempurnakan
akhirnya, ghana kalah melalui penentuan sepakan penalti


tackle dan hanball...


..menghasilkan penalti??

agaknya apa yg hendak disampaikan?? cuba fikir sejenak
sebelum meneruskan bacaan..

beberapa hari selepas perlawanan..
sibuk berkongsi cerita dgn rakan,
sdg bercerita, sy terfikir..

kenapa pengadil x beri shj gol kpd ghana, kenapa
bg penalti, sdgkn tandukan tersebut mmg tepat ke arah gol..

rakan lain pun mengiyakan..
tapi dlm situasi lain seperti tackle dlm kotak penalti juga akan
diberi sepakan penalti,

tidakkah kita terfikir, untuk 2 kesalahan yg berbeza dibalas
hukuman yang sama tetapi tidak setimpal..
maksudnya ada pihak yg rugi dan untung..

mengapa begitu??

kerana...
ia merupakan salah satu contoh man made law,
peraturan atau sistem yang x pernah memenuhi sifat kesempurnaan..
sentiasa timbul masalah demi masalah
dalam situasi yang berlainan..

manusia mencipta peraturan untuk manusia,
apa hebatnya manusia??
yang tidak tahu asal usul kejadiannya..
yang tidak tahu ke mana arah tujunya..
tetapi mahu melawan sistem sedia ada
yang lengkap dan pasti lengkap..

wahai orang2 muslim,
kembalilah ke jalan Allah.


(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): “Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (Az-Zaariyat 51:50)

jangan kita terlebih dahulu menggunakan akal atau
peraturan/sistem manusia
untuk menyelesaikan masalah, jadikan ad-diin kita
sbg panduan utama kerana Allah telah
menyediakan untuk kita dan Dia lebih
mengetahui apa yang terbaik untuk kita,
dan percayalah, Allah boleh memberi
sesuatu kepada sesiapa yang dikehendakinya,
oleh itu,
berpegang teguhlah dengan agama Allah

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

(Aali-imran 3:103)

selamat menonton
selamat berfikir
wallahu`alam