Monday, December 29, 2008

penilaian menengah rendah

salam,,,,
buat sme rakan2 taulan f3...
x kira di mana..
nervous amek result?
esok?

nih ade tips utk relax...

1. be positive

2. sentiasa ingat kejayaan tuh rahmat ALLAH....DIA berhak nak bagi kat sesape pon yg DIA nak..

so, kalo sesape yg dapat straight A's uh,tuh maknenye ALLAH bg rahmatNYA...for those yg
kecewa, lek..mungkin rahmat korang untuk event laen ke...mungkin kat akhirat...who knows?

3. sentiasa ingat...ape yang korang usaha,,tuh la yg korang akan dapat...waman zhara'a hasoda...

4. last sekali...kalo dpt result trok..bukan korg mati pon...ujian sebenar kat akhirat...

ramalan kami....

malam nih mesti rmi yg on ym...

malam nih mesti rmi yg akan mesej2.."gud luck for pmr".."ana nervous laaa"...camtuh2 la...

malam nih mesti ade yang x bole tido....

Monday, December 22, 2008

bracers.??

Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”.

(Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)


Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut.

Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”.

Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;

لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”.

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)


Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “
perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata.

Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).


Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

sume org reti membaca dan menilai..

terpulang lah sama ada nk ikut ke x nk..

as-sunnah untuk diikut bukan dihias..

wALLAHu a’lam.

Sunday, December 21, 2008

xplorace `08

LENSA KAMI

SEKITAR KL

tabik hormat!!!!!!


bangun! dengar khutbah..




inilah tugas ajk makanan...


busy..


cpt2!.. tren nk gerak dah






apabila org koprat berbicara..

KEM LANCHANG





memandang kedepan..


disiplin..


insturctor yg berwawasan..





panas..




x pernah di buat org..


nightwalk..


kata2 smgt..
















serang ustaz...


ape yg penting....??

BANDAR HILIR

ape die merepek ni?




buku ni murah cik..




SMIAAG



bosan..


yes!! jumpe pon..




mcm beta pernah kenal..


mmmm..







Thursday, December 18, 2008

beta dalam permusafiran

2 minggu...
bega bagaikan tiada singgahsana..
untuk menetap..bersemayam..
ribuan kilometer beta tempuhi...
.
temasik....destinasi pertama..
kakak sedara beta kawen...
ramai rakyat jelata hadir
then...
straight gi kolam+autam=kolamtam...
kakak sedare kawen gak...
pastuh..
turun balek gi negeri yg diasaskan parameswara...datuk beta...
"explorace lah katekan"..bak kate hamba beta (merol...)
balek2..
terima kunjungan dr sedara mara...
dtg dr pelusuk dunia...antarabangsa...
kini...
port dickson lak...
ada istiadat...

huish...
beta dalam permusafiran...
keberangkatan...
melihat kehidupan rakyat jelata
jauh berjalan...
luas pemandangan...

nak mengarang berkenaanl explorace?....
da ramai pulak tules...
tidak giranglah beta kiranya pula...

visual explorace?...
beta tidak menerimanya lagi...
utusan berserta ufti masih di lautan pasifik...
bersama jong2 dari negara china...


so,,
gamaknye...
beta rase cam nk tules pasal explorace 2007...
rase cam nak buat perbandingan sket ngan 2008 nye...
tp 2-2 mmg best..

HARI PERTAMA....

kami bertiga sampai ke skola...rambut serabai..
sorang cam alleycat..
sorang lg...
cam tempurung kelapa...
lg sorang lak...
ececece...rambut tersikat rapi...

mule2....opps/...

beta penat....
hendak beradu..
kalu gering...siapa mahu gantikan beta ?...
datuk nan perpatih putih?...huish..tepok!!!!!!!..
lebih baik beta masuk ke kamar peraduan

balek dr port.d la br tules....
dah merantau musti bnyk idea...
ok...
salam...

Saturday, November 29, 2008

x yah bce pown x pew...

murid kelas 'A'

ceritanya begini...
pada suatu hari..cikgu zuhili msk ke kls seperti biase pd jam 2900
beliau msk ke kls nyer bkn dgn bertangan kosong tetapi membawa due ekor cacing
,due bikar,air mineral dan air arak...
beliau membawa bnde demikian utk membuat eksperimen bersame anak muridnye di kelas 4 NEGATIF..
cikgu zuhili memulakan eksperimenye sambil di perhatikan oleh seorang muridnye yg bernama AmOr Mohsono...
setelah membaca BISMILLAH cg zuhili atau dikenali sbgi fiwwiz memasukkan cacing yg pertama ke dalam bikar yg berisi air mineral diikuti dgn cacing kedue ke dlm bikar yg berisi air ARAK...
setelah dibiarkan selame 20 saat...
kelihatan cacing pertama di dlm air mineral berenang style kuak dada dgn suka ria dlm air mineral..

tetapi berlainan dgn cacing yg kedue..
cacing kedue menggelupur di dlm air arak dgn nada suare yg sayu meminta tolong laluMATI mati tnpe sempat meninggalkan wasiat..
anak murid cg zuhili kelihatan very excited...
cg zuhili tersenyum melihat kerenah murid2nye..
lalu beliau menanyakan soalan kpd murid2nye...

cg zuhili : wahai murid2...apakah kesimpulan eksperimen ini???
murid2 :x tau cikgu...
cg zuhili : eh3 kamu ni...spe yg tau??

seorang murid berdiri di ats meja smbil mengangkat tgn..

samad : sye tau cg...
cg zuhili : bgs samad...ape jawapanye???

dgn confident samad menjawab..

samad : KITA SEMUA KNE MINUM ARAK CIKGU..
cg zuhili :aik.....knape plak??
samad :SEBAB KALO KITA MINUM ARAK NANTI X DE LA CACING DLM PERUT
KITA
cg zuhili :yeaaahhhhhh!!!! btol 2 samad....mari sini skjap cg nk bg hadiah..

samad berjalan dgn bangga mara ke cikgunye..

cg zuhili mengangkat samad 5 kaki dr lantai lalu mencampak samad dr tgkt 4 bersame2 cacing2 tersebut..

tamatlah riwayat samad..

.....................................
JGN MINUM ARAK JGN BERJUDI JGN MKN KHINZIR...



Thursday, November 27, 2008

imaanun-naml wa imaanuna.. wALLAHu a`lam

IMAN SEMUT.......

Di zmn Nabi Allah Sulaiman berlaku 1 peristiwa,
apbila Nabi Allah Sulaiman nampak sekor semut melata di atas batu;
lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan ...???
bagaimana semut ini hendak hidup di atas..
batu yang kering di tgh2 pdg pasir yg tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kpd semut:
"Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup utk kamu".
Semut pun menjawab:
"Rezeki di tgn ALLAH, aku percaya rezeki di tgn ALLAH,
aku yakin di atas batu kering di pdg pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:
" Wahai semut, berapa bykkah engkau mkn?
Apakah yg engkau gemar mkn?
Dan byk mana engkau mkn dlm sebulan?"

"Jawab semut: "Aku mkn hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu mkn hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu,
aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil 1 bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dlm bekas; kmudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dlm bekas dan tutup bekas itu.

Kemudian Nabi tinggal semut ddlm bks dengan sebiji gandum selama 1 bulan..
Bila cukup 1 bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan stgh shj oleh semut,

lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:
"Kamu rupanya berbohong pada aku!.
Bulan lalu kamu kata kamu mkn sebiji gandum sebulan,
ini sudah sebulan tapi kamu mkn stgh".

Jawab semut: "Aku x berbohong, aku x berbohong,
kalau aku ada di atas batu
aku pasti mkn apapun sehingga banyaknya sama spt
sebiji gandum sebulan,
kerana mknn itu aku cari sendiri dan rezeki itu dtgnya daripada Allah dan
Allah tidak pernah lupa padaku.

Tapi bila kamu mskkan aku dalam bekas yg tertutup,
rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu,
sebab itulah aku makan stgh shj spy tahan 2 bulan.
Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut !!!


IMAN MANUSIA??

Di zmn Imam Suffian, ada sorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur org mati.
Kerja korek kubur org mati bkan kerja org ganjil.
Bila ada org mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur prlu digali dulu.

Tetapi yg ganjil mengenai hamba Allah ini ialah.....
dia x gali kubur utk tanam mayat.
Sebaliknya apbl org mati sudah ditanam,
waris sudah lama balik ke umah dan Munkar Nakir sudah menyoal,
barulah penggali ini dtg ke kubur utk korek balik.

Dia nak tgk macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.
Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lps itu, penggali pegi kpd Imam Suffian dan bertanya kepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali,
2 sahaja yg mana mayat di dlmnya masih berhadap kiblat.
Yang 98 lagi sudah beralih ke blkg?

".Jawab Imam Suffian:"
Diakhir zaman
hanye 2 dari 100 umat Islam yg percaya rezeki itu di tgn Allah.
98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Allah".

Itulah sbbnya apbl umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yg byk,
biasanya, iman dia akn beralih....

Nyatalah iman semut lebih kuat dr iman manusia.

hidup ini umpama roda yg bergolek.....
begitu juga iman kita...
oleh itu, tetapknlah iman kite....
terhadapNYA..

"ALLAHUMMA YA MUQOLLIBAL QULUB, THABBIT QULUBANA `ALA DINIK WA `ALA THO`ATIK"

wallahu`alam..


Kata Saidina Ali kepada Kamil:
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" ....

pesanan saudara kita

MEREKA PERGI MENGHADAP ALLAH DENGAN DARAH DAN HARTA MEREKA...
KITA?

COPY PASTE BENDE NIH KAT BLOG KORANG..
SEBARKAN

Pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tahun lalu untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil.

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.


Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.


Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.


HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.


Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.


Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.


Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!

Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin


http://www.palestinkini.info/

Tuesday, November 18, 2008

masculine

MEN ARE FOUR....

he who knows not but knows not that he knows not....he is a fool...SHUN HIM!

he who knows but knows not that he knows...he is asleep...WAKE HIM

he who knows not but he knows that he knows not....he is simple...TEACH HIM

he who knows and he knows that he knows.....he is wise....FOLLOW HIM....

so,
tuan2..puan2....adik2...kakak2....abg2...
please learn something from this post....
especially for men who are reading this....

ARRIJALU QAWWAMUNA 'ALA NNISA'.....(4:34)
[lelaki adalah pelindung bagi wanita]

siapa yang patut membimbing?
siapa pula yang menjadi pembimbing?
apakah kriteria yg pembimbing perlu ada?

think for yourself....

SEDARKAH KITA ...!!!????

siapa paling kejam..???



3 orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.


Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.
Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,


Tidak berpuashati,

lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.


Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum.

Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu

sedangkan perempuan ini adalah adik aku”


Perempuan itu adalah Lebanon.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.


Tahniah kepada Umat Islam.

Sama-samalah kita muhasabah diri...

sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita...

renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan...

Umat Islam itu lemah kerana mereka

JAUH daripada ad-diin mereka sendiri...

renung2lah..


wassalam..

petikan dr iLuvislam.com

Thursday, November 13, 2008

KISAH SI HIJAU

melompat..melompat...dan melompat...
itulah kerjaku...
seringkali aku berasa bosan yang teramat kerana hari2 aku melompat...
aku juga inginkan sayap utk terbang seperti merpati...
supaya ku terbang bebas di udara...
menghirup udara segar bersama..
namun apa daya ku..
kerana aku diciptakan utk melompat...

erm...
sarapan ku seperti biase hnye memakan lalat(msti korang da tau aku spe)
lunch pown mkn lalat
tp dinner aku x mkn lalat sbb nk saving ckit harga barang naik(x pasal2)
tp nk bwat mcm ne...
da aku diciptakan makan lalat..
x kan nk mkn steam boat pulok...

hummppph...
ble tgk rupa paras pulak...
rupa parasku x hensem...
mne ade awek minat kat aku...
menggerutu..
sume losyen dan pencuci muka aku da try...
da la mahal..
sume iklan 2 penipu...
tp nk bwat mcmne..
da rupa aku mcm ni...

haiihhhh...
ble tgk tmpt tggl aku...
da la tggl dlm longkang...
kdg2 nk gak g hotel HILTON..
tp kalo da smpi sne msti kne sepak ngn guard...
sedey...
tp nk bwat mcm ne...
x kan aku nk dok hotel kowt...
aku nk bayar dgn ape nnt...


tp ble aku pikir2 blk...
aku ni dpt melompat...aku sempurna...
aku dpt mkn lalat...aku x mati kebuluran..
aku ade rupa paras...aku ni x cacat..
aku tggl dlm longkang...aku x tggl tepi jln mcm kwn2 aku yg dah jd arwah 2 (AL-FATIHAH)

jd pikir2 blk...
aku ni mmg x bersyukur....
sbnarnye ALLAH da ciptakan aku dlm kesenangan tp aku yg rse dlm kesusahan...
KATAK jenis ape la aku nie...
herm...



sekian...
moral : bersyukurlah dgn pemberian ILAHI,
sesungguhnya dlm kesusahan itu ada kesenangan dan ALLAh itu maha adil...
cth : kte pki kete kancil burok...pas 2 kte x ske kancil burok 2...nk tukar pki
aston martin DBS...tp tyme kte tgh jln2 naik kete kancil burok 2 tgh2 panas...
kte ternampak org tgh jln kaki...x kew kte rse dlm kesenangan 2...

pandai2 pikir...selamat beramal...hehe

Wednesday, November 12, 2008

satu pesanan

SUJUDLAH KEPADA TUHANMU....

YANG MENGETAHUI ISI HATI MU....

Monday, November 10, 2008

kem asas

PERISTIWA BANGANG


HADI BERADU TENAGA NGAN BUDAK F1
hadi gi buli budak2...
die sembunyikan stokin budak..
pastuh bile kene mtk blk...
die offer nak trade in ngan botol...
budak tuh..amek je la botol..
stokin x dpt..botol plak dpt..
budak tuh masih berusaha...
second tyme..die dtg lg...
hadi offer buluh plak....tp budak tuh xnak mengalah..
hadi buat match...spe dpt berdiri tegak plg lame...
kitorang gi kaco hadi...
die nak tergelak...
"HAH! KO GELAK..KO KALAH"x pasal2 budak uh kene...
padahal budak tuh ok jek...
hadi xnak mengalah lg...
masih berjuang utk mempertahankan stokin yg dirampas...
buat match..kalo budak tuh bole berdiri straight 5 minit br dpt blk stokin....
bangang nye hadi..
ye la..
ajk disiplin lah katekan..



FATWA ACEET
mlm lak...
kitorang ngan MASYAB len gi tido kat khemah murid
aceet gi buat hal..gi kat khemah budak je..
gi pukul kaki FATTAH...
"WOI SAKET LA WOI..NAK TIDO LA"...
nada sayu jek...
kitorang plak bantai gelak..
pastu tido dlm longkang...
buntut terbenenam dlm lubang...
tp..ikot je la fatwa aceet...
kalo kentut bole tros salur keluar ikot longkang uh


PERTANDINGAN PELEK
nik gi buat pertandingan pelek..
sape kene pacat dlu...die kalah..
amir kalah..
pastuh makan nasi yg dah basi...
sape saket prot dlu die kalah...
zuhaili kalah...
pastuh..baling batu kene kepala org
nik kalah..aceet menang..
mangse die..
kapla zuhaili...
so overall winner is
aceet



ABE..DOH X TAHE LAGI NEH...
malam2 ade night trekking....
tgh2 syok jalan...kedengaran suara nik dr blkg...
"ACEET...ACEET..TGGU JAP"
adrenalin meningkat...
jantung berdegup pantas..
darah mengalir deras...

ade emergency ke? nik membisikkan sesuatu..
"ACEET, ADE BUDAK NAK BERAK"
sudah sedia maklum..
kalo ade problem sebegini.. aceet lah org penting utk tugas sebegini...
satu benteng manusia yg terdiri drp
mohsein..nik ngan aceet dibine...
mereka bergandingan tangan
utk membina kubu
utk budak tersebut bebas menunaikan tanggungjawabnye
tanpa dilihat dan disedari...
setelah sekian lame...

aceet: da abes blom?
budak: laa...da bole stat ke?
aceet panas...

setelah puas menunggu...
satu "haruman" ter"blend " dgn bayu...
haruman mewangi bak mawar yang direbus..
pergh..menusuk qolbu...
PADAN MUKE ACEET



GAJET
kitorang gi kem nih..under MASYAB..
so kitorang len drp ajk..xde keje spesifik...
so..drpd x buat pape...timbol idea sangat bernas drp aceet..

"JOM BUAT GAJET MENARA"

so , ape lgkitorang pown tebang la buluh..10 batang..
buat menara..pergh..
tuhla gajet plg besa pernah kitorang bwat..
hampir2 5 meter tggi...
kat bwhnye plak..ade tempat tido...

tp sayang...
buluh muda..
cepat patah...
so kitorang ucapkan trimas
kat adil ngan nafis...
sbb hancurkan gajet kitorang...
keje sehari suntuk
lenyap dlm 1 mlm...
entah ape diorang buat..
xpe2...
sempat amek gamba...


















tujuan asl buat gajet:

1.kepuasan
2.nak lwn ngan leman...die buat gajet utk bnt...
so,sbb xnak kalah ngan die..gajet gergasi dibina...
hasil usaha 6 org....
thanks to izzat,nazran ngan aceet sbb 1 kapla ngan kitorang...
3.nak buat tempat tido sdiri...
ye la...mlm sebelom tuh..
tido tumpang khemah peserta..


tuh jela..
snanye banyak lg..
tp tuh je yg terdaya ditules..
kisah mesteri pown ade gak...
tp x best kitorang cite
sbb bukan kitorang yg nmpk..
juz rase presence die je..
papehal pown...
kem asas bes..
lpas nih explorace lak...

Tuesday, November 4, 2008

3 persoalan...

kenapa aku jadi watak guru kaunseling??????????
kenapa aku jadi watak utama??????????
kenapa aku xde watak ape2??????

siape tau jawapan..sile jawab

blog?blogger?blogging?

sampai sekarang kitorang tatau ape yang bestnye blogging nih...

alkisahnye...
zuhaili mencadangkan idea penggagasan blog ini...
die mengajak amir dan aiman utk turut serta...

aiman: ape bestnye blog nih?
zuhaili: tatau...
amir : test la buat...
zuhaili: bereh...ala, blog nie just utk kite 3 jela....sorang tules..lagi due bole layan...kalo syok sendiri pon..kite 3 je..
aiman: oklah..aku buat blog..pastuh nnt aku kasi korang access die...

akhirnye..tertubuhlah satu blog yg diberi name fawnikmoh...
puih!...name x sedap...
tp biarlah..aslkan ade...

sejak harituh...
blog nie melalui pelbagai transformasi...
sekejap kale hitam...
sekejap kale putih...
sorang letak gamba...
sorang lagi delete...
tp apakan daya..
di sini ade 3 pemikiran...

tp sekarang...
lihatlah..
blog nie da rmi plak tau...
xpe...
kami masih lagi berpegang kpd prinsip penubuhan blog kami....
so..kalo ade post pelik2...
tuh snanye utk tatapan kami bertiga,.,.,.,
kalau posto nya normal...
itu utk semua



Friday, October 31, 2008

Solat, bukan sembahyang

solat or sembahyang?.....
mungkin sme org pike bende nih same je...
ada orang ckp.."eh,ko dah sembahyang belom?"
ada org lain pulak cakap.."eh,ko dah solat belom?"
kenape wujudnya kontradiksi seperti ni?
hakikatnya rmi yang kuang pemahaman dalam hal ini...

apa yg specialnya solat nih drp sembahyang?
hurm...satu jawapan yang simple...
SOLAT adalah ibadah khas utk muslim shj...

perkataan SOLAT seringkali disebutkan di dalam al-Furqan...
"maka dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan ruku'lah bersama org2 yg ruku' "
tidak ada pula perkataan sembahyang digunakan .....

dari sudut penggunaan perkataan sembahyang...
perkataannye bole dikira tergantung...
sembahYANG?....yang ape?...
pihak kafir juga menggunakan perkataan sebegini...
bagi mereka..mereka juga sembahyang...


lgpon.. sembahyag itu drpd agama hindu...bwat pe nk ikot..

malah.. dalam al-qur`an menyebut solah (atau melayu: solat) bkn sembahyang..

so, lps nie tukarlah percakapan kite drpd sembahyang ke solat, drpd air sembahyang ke wudhu`, drpd surau ke masjid... pe slhnye

x rugi pon... mlh dpt pahale sbb kite sebut ape yang tertulis dalam KALAMULLAH...
btol x..?
wallahu`alam...

Wednesday, October 29, 2008

AKU KENANG JASAMU SAMAD...

Dulu aku tggl di sebuah kampung yg tersorok dr pandangan mata malahan x boleh dinampak lgsg oleh org yg buta....
bilangan ahli keluargaku mmg ramai...iaitu ibuku dan aku...
ku dan ibuku tggl di pondok usang yg x dilayak digelar pondok telefon ataupun pondok wakaf...
aku bersekolah di SEKOLAH AMINUDIN BAKI dan selepas aku dibuang kerana x membayar yuran aku berpindah ke SEKOLAH JANDA BAIK PUNYER(suare DAFi)....
namun di sekolah tersebut aku juga dibuang krane x membayar yuran...
aku hnye bersekolah smpi darjah 3....sgguh memilukan...
nmun ku teruskan pancaroba onak duri dan dugaan dgn penuh tabah bersama ibuku yg tercinta...
pekerjaan ibuku hnye menoreh pohon kelapa...
x sgup aku melihat ibuku membasah keringat di tengah hari yg panas setiap hari...
lalu aku mengambil keputusan utk membantu ibuku menoreh pohon kelapa...
namun aku heran knape aku dan ibuku sje yg membuat kerja ini...

kehidupan baruku bermula pada detik ini...
ketika aku menoreh pohon kelapa..
aku tertoleh oleh sebuah makhluk aneh yg dibawa oleh seorang jejaka berjerawat penuh di muka bernama samad..
aku mengekori samad perlahan2 dr belakang..
tbe2 samad berhenti di suatu tempat yg nmpk seperti gelanggang...
lalu samad mengeluarkan makhluk aneh tersebut dr kantung begnya...
die menggunakan makhluk tersebut utk memukul bola kecil yg bewarna hijau..
aku bertambah heran..
aku mula bertanye kpd samad..
"Binatang ape ko men ni samad oi???"
samad membalas
"binatang ko ckp...ni tennis nme nyer...
"tennis???? what's its that"(walaupun aku hnye bersekolah smpi darjah 3 tp aku pndi speaking.hebat x)
samad membalas kembali
"tennis 2 bnde yg aku men ni la..."
aku dgn mke blur hnye mengatakan "oooooooo....tennis...."
nmun samad tahu yg aku hnye buat2 paham...
aku hnye duduk di tepi gelanggang melihat samad bermain makhluk tersebut yg dikatakan tennis...
tbe2 terlintas di hati aku ni minat akan permainan tersebut...

apabila aku sampai di rumah....aku bergegas ke kamarku utk pergi mengambil tabung beruangku yg comel yg berada di ats almari usangku...
tabung itu kosong kerana duit yg aku ade telah digunakan utk membeli tabung beruang itu...
aku mengeluh...
aku ingin sekali membeli raket tennis tersebut utk bermain bersama samad..
aku tidak mahu menyusahkan ibuku oleh sebab minatku yg bodoh ini...


pada minggu seterusnya...
aku pergi lagi kew gelanggang tersebut utk melihat org bermain tennis..
minatku makin bertambah...
tbe2 samad dgn tidak sengaja mengajak aku bermain bersama die..
x kan ku lepaskan peluang ini...
aku bermain bersama-sama samad..
walaupun aku pukol bola pown x kena..
tp aku suka...hehehe...
ketika aku mahu pulang...
samad dgn baik hatinyer telah menghadiahkan aku raket tennis..
aku dgn terbuka tgn menerima raket tersebut...

aku sgguh gembira...
setiap hari aku bermain tennis bersama samad...
hari demi hari...
aku bermain tenis semakin baik dgn tunjuk ajar samad..

kami berdua berlatih bersama2 utk memasuki peringkat daerah...
pada saringan peringkat daerah kami melepasinya dgn mudah...
lalu kami berdua berjumpe di final...
setelah berjam2 bersaing...
aku diisytiharkan sbgi pemenang..
samad tidak lgsg berasa kecewa dsebabkan kekalahannya..
malah die gembira ats kemenanagnu..

saban hari...
talian persahabatan kami semakin rapat..
susah senang kami tetap bersama..

namun pada suatu hari...
samad ditimpa kemalangan..
beliau telah dilanggar oleh lori 24 tayar...
aku sedih kebangatan...

namun aku tetap meneruskan semangat kami...
wajah bersemangat samad terawang2 di dlm fikiran ku...
aku meruskan perjuanganku dgn melepasi peringkat negeri,negara dan sekarang ini aku berada di peringkat international...

aku berkedudukan rangking no.2 dunia dibawah Rafael nadal...
dan ketika aku menulis coretan ini aku sedang menunggu giliran utk berlawan dgn Rafael Nadal di peringkat akhir grand slam wimbledon...

tanpa jasamu samad...
aku x kan sampai di sini..
terima kasih samad..
jasamu ku kenang...

ditulis oleh
Roger federer..

moral of the story: respect and thank your teacher...

:: as kids see it ::


this poem was nominated by UN as the best poem of 2006, written by an African kid.........amazing thought!!! the way the kid sees it,depicts the true picture for all the hardship that the africans have to endure during the colonization of white people.the slavery,the poverty,war,prostitution,HIV, starvation n etc.what more can we expect for a third world countries from african continent?

When I born, I Black,

When I grow up, I Black,

When I go in Sun, I Black,

When I scared, I Black,

When I sick, I Black,

And when I die, I still black..



And you White fellas,

When you born, you
Pink,

When you grow up,you White,

When you go in Sun, you Red,

When you cold, you Blue,

When you scared, you Yellow,

When you sick, you Green,

And when you die, you Gray..


And you calling me Colored ??
WHY??


limaza?mengape?lei ping towwa?? <----- sekadar tambahan.dak2 africa xreti ckp melayu atau cine.arab bole la sket2 kot.


deep huh??
gle ah sape yg racist mmg kne batang idong..kalo xtrase gak mmg mengong la bai...
jadi the moral of the story??jangan la kutok org itam...bangla ke,india ke..xbek owh.sume same je.india cine melayu tu manusie jgk.janganlah busuk hati..hehehe
thats all for now...
kami x besar,kami x kuat,ape yg penting?
KERJESAME....

Tuesday, October 28, 2008

Al-hayah Kas-Safiinah....


Bertemu kembali di ruangan yang lain.. skang ana akan cerita pasal kepentingan "Al-amru Bil Ma`aruf wannahi `anil munkar" di dalam kehidupan seseorang muslim. Rasulullahi sollallahu `a laihi wasallam dalam hadis, mafhumnya menyebut tentang kepentingan `amalan tersebut dan menganalogikan hidup ini umpama di dalam sebuah kapal. Sebahagian manusia tinggal di bahagian bawah kapal dan sebahagian yang lain tinggal di bahagian atas kapal. Jika manusia yang berada di bahagian bawah memerlukan air segar dan orang di bahagian atas menyuruh mereka mengambil sendiri serta memberikan bermacam alasan untuk tidak mengambilnya maka meraka (orang bawah) menebuk bahagian bawah kapal, seluruh kapal itu akan karam dan semua akan mati hanya disebabkan tindakan salah yang dilakukan tetapi tidak dihalang. Akibatnya semua akan ditimpa musibah barangkali azab.Tetapi jika manusia yang tinggal di bahagian atas berkata"x pelah kami sanggup ambil air ini demi kemaslahatan kita semua" maka seluruh isi kapal tersebut akan selamat...... ini menunjukkan betapa pentingnya `amalan yang dituntut oleh baginda sollallahu `a laihi wasallam ini... jika kita lupe, kwn ingatkan jika kwn lupe, kite ingatkan.. brlah bole memajukan umat ISLAm yang kian mundur ini.. Wa Zakkir Fain `nazzikra tanfa`ul mu`minun... Wallahu`alam....Wassalam..