Saturday, January 16, 2010

greatest revelation




salam ..

selalu kita dengar;
"Al-quran sangat memukau"
"ketinggian bahasa Al- Quran tidak dapt ditandingi"
dan mcam2 lagi..
pernah kita terfikir?
adakah 'statement' tersebut hanya sekadar lafaz,
atau datang dari jiwa yang betul2 merasainya?

ALHAMDULILLAH..
ALLAH telah memberi ilham kpd saya,
untuk post ini..

cuba fikir..
kenapa sewaktu kelas Al-Quran ...kedai kopi dibuka 24 jam?
kenapa sewaktu kelas Al-Quran ... pelajar lambat tanpa bersebab?
kenapa sewaktu kelas Al-Quran.. dianggap membebankan?
bila tengok jadual kelas,.."Alaa,lepas nih kelas AQ ke?"
kenapa sewaktu kelas Al-Quran...murid2 tidak memerhatikan ayat2 ALLAH.?


Al-Quran sememangnya merupakan kitab yang terulung..
ayat2 ALLAH ini seperti berbicara secara langsung dengan hati2 manusia..
mengetuk pintu hati manusia yang ingin berfikir!

surah Al-Furqan ayat 30:

"dan rasul (rasulullah ) berkata : wahai tuhanku sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang diabaikan"

Rasulullah mengadu dengan rasa sedih dan penuh rendah diri di hadapan ALLAH perihal kaum jahiliyyah yang tidak mahu menerima Al-Quran dan mengabaikannya..
JIKA UMAT ISLAM MELALAIKAN AL-QURAN...
cuba kita tanya diri kita sendiri..
adakah itu akan membuatkan Rasulullah bertambah sedih?
individu yang sgt menyayangi umatnya, tetapi dikecewakan pula oleh perbuatan umatnya!
kita masih SANGGUP?

air mata kita sangat murah..
apabila kecelakaan berlaku..
apabila berita buruk sampai ke telinga
apabila ditinggalkan insan tersayang..

bagimana pula apabila kita memerhatikan ayat2 ALLAH?
AIR MATA KITA SANGAT MAHAL DI HADAPAN ALLAH!

Toha.
Tidak kami turunkan Al-quran ini kepadamu supaya engkau celaka ( menyusahkan).
MELAINKAN UNTUK MENJADI PERINGATAN BAGI ORANG YANG TAKUT.
(Al-Quran ) yang diturunkan daripada tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi.
Tuhan yang pengasih, di atas singgahsana (arsy) dia bersemayam (berkuasa).
Dia mempunyai apa yang ada di langit, di bumi dan apa yang ada di bawah tanah.
Dan tak usahlah engkau mengeraskan bacaan, sesungguhnya DIA MENGETAHUI RAHSIA YANG LEBIH TERSEMBUNYI.
ALLAH itu (tuhan) tidak ada tuhan melainkan DIA. DIA mempunyai nama-nama yang baik

toha ayat 1-8

Monday, January 11, 2010

111- triple one



tepat 11.01 pagi..11/01../10
oh, saya sudah tujuh belas..

tiada apa yg menarik ttg sambutan hari lahir..
saya pelik melihat org gembira dgn sambutan2..
SEDAR!
UMUR ANDA TIDAK BERTAMBAH
UMUR ANDA MAKIN BERKURANG!

rakan2..teman2..sahabat2..
persoalan anda kepada saya,
apa saya nak sewaktu harijadi?
cukuplah saya jawab dalam ruangan ini..

INGAT SAYA DALAM DOA2 KAMU..

kpd yg wish..saya hargai..
thanks kpd mohsein..wish plg mantap dan bermakna..
mengingatkan saya kepada mati..
kpd rakan2 yg bakal sambut harijadi..
16 tahun kamu hidup..
kamu sudah capai redha ALLAH?
gunakan hari tarikh lahir kamu untuk ber'bual' dgn ALLAH..

just sebagai persediaan..
tgk blk list ini yg saya masih ingat
maybe ada yg tertinggal

pengawas 2007
pengerusi persatuan sains 2007
AJK xplorace g13 2007
pengawas 2008
pengerusi persatuan sains 2008
bendahari AL-FATTAH 2008
AJK xplorace c14 2008
ketua kembara 2008
AJK protokol mpt5 2008
pengawas 2009
pengerusi persatuan sains dan matematik 2009
ketua biro pengawas 2009
pengarah murid kem asas 2009
AJK aktiviti ujicekap 2009
AJK makanan xpdc 2009
timbalan ketua pergerakan 2009
naqib usrah 2009
setiausaha AL-FATTAH 2009
AJK teknikal orientasi f1 2010..

jika ada sebarang tuntutan amanah/janji yg belum saya tunaikan..
dengan sukacitanya saya alu-alukan..
melalui ruangan comment di bwh nih..
or emailkan kat p0p0_papa@yahoo.com..
(gunakan saluran2 nih ikut kesesuaian)
or bole terus jumpa saya directly..


16 YEARS IN THIS PHYSICAL JOURNEY..
MY SPIRITUAL JOURNEY HAS A LONGER WAY TO GO..

Friday, January 1, 2010

kecewa +marah ? umat tetap leka!

salam..
post pertama untuk tahun 2010 masihiah..
mari mengolah tajuk.

SAMBUTAN TAHUN BARU 2.0.1 (malaysia).0

seorang teman mengajak penulis utk mengikuti program di klcc..
anjuran JIM ,
sebuah program mendekati masyarakat
cuba berdakwah di tgh2 kesibukan orang ramai
yang sedang leka dgn sambutan tahun baru
Alhamdulillah tiada perkara x diingini berlaku..

kembali kepada tajuk..
kecewa?
kita lihat anak2 muda..
melayu berstatus ISLAM
jaguh dalam fesyen..
jaguh dalam bersosial..
jaguh dalam memenuhi keraian dan pesta..
lepas kecewa apa pula?
sedih?...sedih, sedih dan sedih..

UMAT KITA TETAP LEKA!

dari sudut yang lain pula..
penulis melihat sebuah organisasi kecil berjuang..
mewakili umat ISLAM malaysia
selama 2 tahun..bergerak ke sana sini..
menyampaikan kertas kerja kepada badan kerajaan dan NGO
mengingatkan ttg gerakan KRISTIAN..
semakin berani..
melalui gerakan tersusun..
mengambil peluang atas kelekaan umat..
merebut penggunaan kalimah ALLAH dlm urusan agama mereka..
bila berita ini tersebar..

UMAT TETAP LEKA!
KERAJAAN TETAP LEKA!

rujuk semula tajuk..
marah?..
selepas itu?
hasil kelekaan umat...

HERALD (organisasi media cetak kristian) SUDAH BERJAYA MENDAPAT LESEN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

ada pihak bertanya..
apa yang nak dikecohkan?
apa yang nak direbutkan tentang penggunaan kalimah ini?
kaki penulis terangkat (involuntary movement)
sebuah penyepak hampir mendarat di ubun2 mereka..
barangkali juga tepat di perut, muka dan leher mereka

suatu hari nanti..
anda berjalan-jalan di negara kita..
anda ternampak papan tanda berbunyi
"come to me, i shall give you salvation- jesus son of ALLAH"
anda pelik seketika..
papan itu pula berdiri megah di sebuah katedral yang diberi nama
"baitullah st.xavier"
kitab yang digunakan pula diberi nama AL-KITAB

mahukah kita semua ini berlaku di MALAYSIA?
fenomena ini sedang dalam proses untuk berlaku..
sistem perundangan sudah pun membuka laluan tersebut..

UMAT TETAP LEKA!
bersambung dlm part 2