Saturday, January 16, 2010

greatest revelation




salam ..

selalu kita dengar;
"Al-quran sangat memukau"
"ketinggian bahasa Al- Quran tidak dapt ditandingi"
dan mcam2 lagi..
pernah kita terfikir?
adakah 'statement' tersebut hanya sekadar lafaz,
atau datang dari jiwa yang betul2 merasainya?

ALHAMDULILLAH..
ALLAH telah memberi ilham kpd saya,
untuk post ini..

cuba fikir..
kenapa sewaktu kelas Al-Quran ...kedai kopi dibuka 24 jam?
kenapa sewaktu kelas Al-Quran ... pelajar lambat tanpa bersebab?
kenapa sewaktu kelas Al-Quran.. dianggap membebankan?
bila tengok jadual kelas,.."Alaa,lepas nih kelas AQ ke?"
kenapa sewaktu kelas Al-Quran...murid2 tidak memerhatikan ayat2 ALLAH.?


Al-Quran sememangnya merupakan kitab yang terulung..
ayat2 ALLAH ini seperti berbicara secara langsung dengan hati2 manusia..
mengetuk pintu hati manusia yang ingin berfikir!

surah Al-Furqan ayat 30:

"dan rasul (rasulullah ) berkata : wahai tuhanku sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang diabaikan"

Rasulullah mengadu dengan rasa sedih dan penuh rendah diri di hadapan ALLAH perihal kaum jahiliyyah yang tidak mahu menerima Al-Quran dan mengabaikannya..
JIKA UMAT ISLAM MELALAIKAN AL-QURAN...
cuba kita tanya diri kita sendiri..
adakah itu akan membuatkan Rasulullah bertambah sedih?
individu yang sgt menyayangi umatnya, tetapi dikecewakan pula oleh perbuatan umatnya!
kita masih SANGGUP?

air mata kita sangat murah..
apabila kecelakaan berlaku..
apabila berita buruk sampai ke telinga
apabila ditinggalkan insan tersayang..

bagimana pula apabila kita memerhatikan ayat2 ALLAH?
AIR MATA KITA SANGAT MAHAL DI HADAPAN ALLAH!

Toha.
Tidak kami turunkan Al-quran ini kepadamu supaya engkau celaka ( menyusahkan).
MELAINKAN UNTUK MENJADI PERINGATAN BAGI ORANG YANG TAKUT.
(Al-Quran ) yang diturunkan daripada tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi.
Tuhan yang pengasih, di atas singgahsana (arsy) dia bersemayam (berkuasa).
Dia mempunyai apa yang ada di langit, di bumi dan apa yang ada di bawah tanah.
Dan tak usahlah engkau mengeraskan bacaan, sesungguhnya DIA MENGETAHUI RAHSIA YANG LEBIH TERSEMBUNYI.
ALLAH itu (tuhan) tidak ada tuhan melainkan DIA. DIA mempunyai nama-nama yang baik

toha ayat 1-8

No comments: