Friday, April 9, 2010

jawapan ringkas

assalamualaikum..
al-kisah
seperti biasa, lepas pebarisan sebelum pergi solat jumaat..
maka bertebaranlah remaja-remaja riang yang bergelar murid-murid al-amin untuk pergi menunaikan solat jumaat...

"Pengawas sila tunggu sebentar selepas ini.."bicara k/u kita
Pasrah, patuh, taat..semua pengawas mendengar taklimat ringkas berkaitan tugasan..
sedar tak sedar, lagi 10 minit waktu zohor akan tiba..
jadi penulis menggagahkan diri untuk pergi berjemaah di masjid zakaria yang terkenal dengan reputasinya sebgai masjid yang sangat sesak..

sesudah mengambil wudhu'..penulis masuk ke dewan solat..
sudah diagak, bahang panas mula terasa seluruh badan..
mulalah dalam hati menyalahkan pengudaraan masjid tersebut..
itu salah, ini salah,..semua salah..
air paip sudah mengalir dari badan para jemaah..

selesai solat, penulis mula bersembang dengan sahabat f4..
"uish, panas betul..berpeluh-peluh"
lantas sahabat tersebut tersenyum..
dan dengan selambanya menjawab

"BEST X DUNIA NIH?
kemudian, beliau menambah lagi
"DUNIA PENJARA MUKMIN DAN SYURGA KAFIR"

hari ini penulis diingatkan tentang kehidupan akhirat yang jauh lebih baik daripada kehidupan dunia..
hanya melalui lidah yang menuturkan jawapan yang sangat ringkas..

mari kita tanya balik diri kita..
"BEST KE DUNIA NIH?"