Tuesday, July 6, 2010

piala dunia dari perspektif berbeza

assalamualaikum,
sudah lama tidak bersua di ruangan ghaib ini,
insyaAllah dengan penukaran template akn
sedikit sebanyak akan mewarnai blog ni..

sedar x sedar kita dah masuk bulan 7, lebih-lebih lagi dgn
kehadiran piala dunia yg hampir sampai ke kemuncaknya
ttp ingat, makin lanjut usia, makin dekat dgn mati,
dan harapnya lebih bertambah amalan.

rata2 org cerita ttg piala dunia
kami antara golongan yang x terkecuali,
tetapi kali ini diskusi yang membuat kita berfikir.

tgh2 asyik dgn piala dunia, terhighlight satu babak,
bagi yg tengok dan tahu, babak kontoversi
dlm match suku akhir,
Uruguay lwn Ghana

pd minit2 terakhir perlawanan sedang keputusan seri,
Ghana mengasak dan menanduk bola ke arah pintu gol uruguay
dan ditepis oleh tgn pemain penyerang uruguay di tengah2
garisan gol mereka, andai tiada tepisan tersebut, ghana sudah mara
ke pusingan separuh akhir, akn ttp ghana diberi sepakan penalti ,
malang buat mrk apbila penalti yg diberikan x disempurnakan
akhirnya, ghana kalah melalui penentuan sepakan penalti


tackle dan hanball...


..menghasilkan penalti??

agaknya apa yg hendak disampaikan?? cuba fikir sejenak
sebelum meneruskan bacaan..

beberapa hari selepas perlawanan..
sibuk berkongsi cerita dgn rakan,
sdg bercerita, sy terfikir..

kenapa pengadil x beri shj gol kpd ghana, kenapa
bg penalti, sdgkn tandukan tersebut mmg tepat ke arah gol..

rakan lain pun mengiyakan..
tapi dlm situasi lain seperti tackle dlm kotak penalti juga akan
diberi sepakan penalti,

tidakkah kita terfikir, untuk 2 kesalahan yg berbeza dibalas
hukuman yang sama tetapi tidak setimpal..
maksudnya ada pihak yg rugi dan untung..

mengapa begitu??

kerana...
ia merupakan salah satu contoh man made law,
peraturan atau sistem yang x pernah memenuhi sifat kesempurnaan..
sentiasa timbul masalah demi masalah
dalam situasi yang berlainan..

manusia mencipta peraturan untuk manusia,
apa hebatnya manusia??
yang tidak tahu asal usul kejadiannya..
yang tidak tahu ke mana arah tujunya..
tetapi mahu melawan sistem sedia ada
yang lengkap dan pasti lengkap..

wahai orang2 muslim,
kembalilah ke jalan Allah.


(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): “Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata. (Az-Zaariyat 51:50)

jangan kita terlebih dahulu menggunakan akal atau
peraturan/sistem manusia
untuk menyelesaikan masalah, jadikan ad-diin kita
sbg panduan utama kerana Allah telah
menyediakan untuk kita dan Dia lebih
mengetahui apa yang terbaik untuk kita,
dan percayalah, Allah boleh memberi
sesuatu kepada sesiapa yang dikehendakinya,
oleh itu,
berpegang teguhlah dengan agama Allah

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

(Aali-imran 3:103)

selamat menonton
selamat berfikir
wallahu`alam

Saturday, May 22, 2010

the arrivals


assalamualaikum...
kepada saudara dan saudariku,
saya meminta tolong anda untuk
menonton siri THE ARRIVALS ini demi kepentingan ummah,
paparan ini mempunyai 51 siri, janganlah anda merasa keluh,
ketahuilah, setiap masa yang diluangkan untuk agama Allah,
pasti akan dibalas oleh Allah...
siri ini memaparkan kemunculan Dajjal, Imam Mahdi dan beberapa fakta
lain yang sangat penting dan perlu anda tahu..

http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4

BERMULALAH DARI SEKARANG DAN SEBARKAN!
ingatlah wahai insan,
perubahan bermula dari ANDA!

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

(As-Saff : 14)

wallahu`alam.

Friday, April 9, 2010

jawapan ringkas

assalamualaikum..
al-kisah
seperti biasa, lepas pebarisan sebelum pergi solat jumaat..
maka bertebaranlah remaja-remaja riang yang bergelar murid-murid al-amin untuk pergi menunaikan solat jumaat...

"Pengawas sila tunggu sebentar selepas ini.."bicara k/u kita
Pasrah, patuh, taat..semua pengawas mendengar taklimat ringkas berkaitan tugasan..
sedar tak sedar, lagi 10 minit waktu zohor akan tiba..
jadi penulis menggagahkan diri untuk pergi berjemaah di masjid zakaria yang terkenal dengan reputasinya sebgai masjid yang sangat sesak..

sesudah mengambil wudhu'..penulis masuk ke dewan solat..
sudah diagak, bahang panas mula terasa seluruh badan..
mulalah dalam hati menyalahkan pengudaraan masjid tersebut..
itu salah, ini salah,..semua salah..
air paip sudah mengalir dari badan para jemaah..

selesai solat, penulis mula bersembang dengan sahabat f4..
"uish, panas betul..berpeluh-peluh"
lantas sahabat tersebut tersenyum..
dan dengan selambanya menjawab

"BEST X DUNIA NIH?
kemudian, beliau menambah lagi
"DUNIA PENJARA MUKMIN DAN SYURGA KAFIR"

hari ini penulis diingatkan tentang kehidupan akhirat yang jauh lebih baik daripada kehidupan dunia..
hanya melalui lidah yang menuturkan jawapan yang sangat ringkas..

mari kita tanya balik diri kita..
"BEST KE DUNIA NIH?"

Saturday, January 16, 2010

greatest revelation




salam ..

selalu kita dengar;
"Al-quran sangat memukau"
"ketinggian bahasa Al- Quran tidak dapt ditandingi"
dan mcam2 lagi..
pernah kita terfikir?
adakah 'statement' tersebut hanya sekadar lafaz,
atau datang dari jiwa yang betul2 merasainya?

ALHAMDULILLAH..
ALLAH telah memberi ilham kpd saya,
untuk post ini..

cuba fikir..
kenapa sewaktu kelas Al-Quran ...kedai kopi dibuka 24 jam?
kenapa sewaktu kelas Al-Quran ... pelajar lambat tanpa bersebab?
kenapa sewaktu kelas Al-Quran.. dianggap membebankan?
bila tengok jadual kelas,.."Alaa,lepas nih kelas AQ ke?"
kenapa sewaktu kelas Al-Quran...murid2 tidak memerhatikan ayat2 ALLAH.?


Al-Quran sememangnya merupakan kitab yang terulung..
ayat2 ALLAH ini seperti berbicara secara langsung dengan hati2 manusia..
mengetuk pintu hati manusia yang ingin berfikir!

surah Al-Furqan ayat 30:

"dan rasul (rasulullah ) berkata : wahai tuhanku sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang diabaikan"

Rasulullah mengadu dengan rasa sedih dan penuh rendah diri di hadapan ALLAH perihal kaum jahiliyyah yang tidak mahu menerima Al-Quran dan mengabaikannya..
JIKA UMAT ISLAM MELALAIKAN AL-QURAN...
cuba kita tanya diri kita sendiri..
adakah itu akan membuatkan Rasulullah bertambah sedih?
individu yang sgt menyayangi umatnya, tetapi dikecewakan pula oleh perbuatan umatnya!
kita masih SANGGUP?

air mata kita sangat murah..
apabila kecelakaan berlaku..
apabila berita buruk sampai ke telinga
apabila ditinggalkan insan tersayang..

bagimana pula apabila kita memerhatikan ayat2 ALLAH?
AIR MATA KITA SANGAT MAHAL DI HADAPAN ALLAH!

Toha.
Tidak kami turunkan Al-quran ini kepadamu supaya engkau celaka ( menyusahkan).
MELAINKAN UNTUK MENJADI PERINGATAN BAGI ORANG YANG TAKUT.
(Al-Quran ) yang diturunkan daripada tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi.
Tuhan yang pengasih, di atas singgahsana (arsy) dia bersemayam (berkuasa).
Dia mempunyai apa yang ada di langit, di bumi dan apa yang ada di bawah tanah.
Dan tak usahlah engkau mengeraskan bacaan, sesungguhnya DIA MENGETAHUI RAHSIA YANG LEBIH TERSEMBUNYI.
ALLAH itu (tuhan) tidak ada tuhan melainkan DIA. DIA mempunyai nama-nama yang baik

toha ayat 1-8

Monday, January 11, 2010

111- triple one



tepat 11.01 pagi..11/01../10
oh, saya sudah tujuh belas..

tiada apa yg menarik ttg sambutan hari lahir..
saya pelik melihat org gembira dgn sambutan2..
SEDAR!
UMUR ANDA TIDAK BERTAMBAH
UMUR ANDA MAKIN BERKURANG!

rakan2..teman2..sahabat2..
persoalan anda kepada saya,
apa saya nak sewaktu harijadi?
cukuplah saya jawab dalam ruangan ini..

INGAT SAYA DALAM DOA2 KAMU..

kpd yg wish..saya hargai..
thanks kpd mohsein..wish plg mantap dan bermakna..
mengingatkan saya kepada mati..
kpd rakan2 yg bakal sambut harijadi..
16 tahun kamu hidup..
kamu sudah capai redha ALLAH?
gunakan hari tarikh lahir kamu untuk ber'bual' dgn ALLAH..

just sebagai persediaan..
tgk blk list ini yg saya masih ingat
maybe ada yg tertinggal

pengawas 2007
pengerusi persatuan sains 2007
AJK xplorace g13 2007
pengawas 2008
pengerusi persatuan sains 2008
bendahari AL-FATTAH 2008
AJK xplorace c14 2008
ketua kembara 2008
AJK protokol mpt5 2008
pengawas 2009
pengerusi persatuan sains dan matematik 2009
ketua biro pengawas 2009
pengarah murid kem asas 2009
AJK aktiviti ujicekap 2009
AJK makanan xpdc 2009
timbalan ketua pergerakan 2009
naqib usrah 2009
setiausaha AL-FATTAH 2009
AJK teknikal orientasi f1 2010..

jika ada sebarang tuntutan amanah/janji yg belum saya tunaikan..
dengan sukacitanya saya alu-alukan..
melalui ruangan comment di bwh nih..
or emailkan kat p0p0_papa@yahoo.com..
(gunakan saluran2 nih ikut kesesuaian)
or bole terus jumpa saya directly..


16 YEARS IN THIS PHYSICAL JOURNEY..
MY SPIRITUAL JOURNEY HAS A LONGER WAY TO GO..

Friday, January 1, 2010

kecewa +marah ? umat tetap leka!

salam..
post pertama untuk tahun 2010 masihiah..
mari mengolah tajuk.

SAMBUTAN TAHUN BARU 2.0.1 (malaysia).0

seorang teman mengajak penulis utk mengikuti program di klcc..
anjuran JIM ,
sebuah program mendekati masyarakat
cuba berdakwah di tgh2 kesibukan orang ramai
yang sedang leka dgn sambutan tahun baru
Alhamdulillah tiada perkara x diingini berlaku..

kembali kepada tajuk..
kecewa?
kita lihat anak2 muda..
melayu berstatus ISLAM
jaguh dalam fesyen..
jaguh dalam bersosial..
jaguh dalam memenuhi keraian dan pesta..
lepas kecewa apa pula?
sedih?...sedih, sedih dan sedih..

UMAT KITA TETAP LEKA!

dari sudut yang lain pula..
penulis melihat sebuah organisasi kecil berjuang..
mewakili umat ISLAM malaysia
selama 2 tahun..bergerak ke sana sini..
menyampaikan kertas kerja kepada badan kerajaan dan NGO
mengingatkan ttg gerakan KRISTIAN..
semakin berani..
melalui gerakan tersusun..
mengambil peluang atas kelekaan umat..
merebut penggunaan kalimah ALLAH dlm urusan agama mereka..
bila berita ini tersebar..

UMAT TETAP LEKA!
KERAJAAN TETAP LEKA!

rujuk semula tajuk..
marah?..
selepas itu?
hasil kelekaan umat...

HERALD (organisasi media cetak kristian) SUDAH BERJAYA MENDAPAT LESEN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

ada pihak bertanya..
apa yang nak dikecohkan?
apa yang nak direbutkan tentang penggunaan kalimah ini?
kaki penulis terangkat (involuntary movement)
sebuah penyepak hampir mendarat di ubun2 mereka..
barangkali juga tepat di perut, muka dan leher mereka

suatu hari nanti..
anda berjalan-jalan di negara kita..
anda ternampak papan tanda berbunyi
"come to me, i shall give you salvation- jesus son of ALLAH"
anda pelik seketika..
papan itu pula berdiri megah di sebuah katedral yang diberi nama
"baitullah st.xavier"
kitab yang digunakan pula diberi nama AL-KITAB

mahukah kita semua ini berlaku di MALAYSIA?
fenomena ini sedang dalam proses untuk berlaku..
sistem perundangan sudah pun membuka laluan tersebut..

UMAT TETAP LEKA!
bersambung dlm part 2

Thursday, December 17, 2009

wafdul amin

assalamualaikum,

x lain x bukan, mesti psl wafdul amin..

ni versi pertama drpd tiga..

kump ngan fahmie dan syed nabil.

bole tahan la..

jarak antara 1 keluarga angkat dgn yg lain boleh tahan jauh dia..

smpai masok 2 kampung, kampung pokok tampang dan lahar tembun.


masa penyerahan anak angkat


mase tgh dpt keluarge angkt,

agk berdebar dan kekok jugak la..

sampai umah keluarga angkat..

dok ruang tamu, tgk ada astro..

otak da pike “hmm, betol la abg sarep”.

Bukan setakat tu je...

Kt umah tu ade 5 motor, satu drpdnya LC

5 basikal, 2 kereta, 2 lori,2 mesin basuh..

full set of holiday la, mgkin boleh tukar nama program la kot...


pstu dtg abg Fauzi(sulung) dn abg Wahid(kedua),

bual2.. yg x tahannye ty sepatah jwb sepatah..

mula2 mmg camtu pastu ok dah..

mak dan bapa angkat kami boleh dikira warga tua lah..

anak bongsu iaitu Karim saja berusia 18 tahun,

anak sulung dah 3 anak dah pon..

bapa kami memulakan kerjanya membawa lori seawal jam 8 pagi..

dan balik tgh hari utk makan, pstu pi keja balik sampai maghrib..

so, mak cik Daharah, abg Fauzi dan Karim lah yg byk bersama kami..

itupun mereka bekerja juga..


mula2 abg Fauzi cerita kt kami...

“aku khabaq kat Karim kemarin,

esok, ada sekolah agama dr gombak nk mai,

aku cita kt Karim depa pakai serban, jubah apa semua..

tu yg dia x mai hr ni”..

suma pakat gelak la...

pastu abg Wahid mencelah..

“hampa pi basuh sikit si Karim tu..”

bile denga camtu,

mmg cuak lah gak pike mcm mane lah Karim tuh..


malamnye tuh, jumpa lah Karim..

ok je pon...

x de mcm gangster langsung,

siap pakai baju melayu biru lengkap bersongkok

dan ajak kami pi masjid lagi..

huuuh, lega kami..

pg la masjid naik motor

sampai2, amik wudhu`..

tgh khusyu` amik wudhu, sambil memerhatikan papan tanda

“berwudhu`lah sebelum azan”.. (boleh dijaadikan kata2 hikmat, haha)




tiba2 terdengar satu dentuman yang kuat

seperti bunyi kemalangan jalan raya..

bunyi itu berulang dan berulang lagi..

hati berdebar2 memikirkan kecelakaan yg bakal menimpa sesiapa saja..

tetapi ditabahkan hati dan menelan segala kesanggupan

dengan menolehkan muka ke arah bunyi tersebut..

rupa2nya..

ade sorg ahli qariah masjid sedang

mengetuk2 gendang sbg tanda telah masuk waktu azan..

igtkan kat astro oasis je ade??

mana ade amaran, sejak hari tuh semua org berwaspada..




091209, Rabu


dlm tentatif pukul 5 dah ada kat masjid,

qiamullail la katekan, rutin murid al-amin??, wallahu`alam, insyaAllah.

huh, cam biase la ramai gak org yg dtg kol 5 tuh..

disusuli keluarga2 lain sehingga jam 5 stgh,

alhamdulillah semua dapat qiam..

slps itu, ada gotong royong kt kampung..

terbahagi kpd 3 kawasan,

membersihkan masjid lahar tembun, masjid pokok tampang

dan mengecat besi2 khemah.


taklimat gotong-royong drpd AJK disiplin


sebelum cat, kertas pasir dulu


mula mengecat

membersihkan kubur di Masjid Pokok Tampang


membersihkan Masjid Lahar Tembun


setelah semua selesai, kami disajikan masakan ala kampung,

gulai pisang, ikan kering, belacan dan cili besar, hahaha..

rehat smapai asar..



lps asar, aktiviti melawat kegiatan org kampung..

drpd proses membuat santan dan kerisik,

menghabiskan kuih bangkit org kampung, masok tabika,

lawat ladang lembu sehinggalah ke

taklimat teknik penanaman padi dan kucai..


acara menghabiskan kuih org kampung



kandang lembu


lembu


abes aktiviti, sesi bersama keluarga (SBK) sehingga esok pagi

malam tu ade la tgk tv ngan keluarga...

walaupun tv dilengkapi sound system yg mengujakan

astro supersport, discovery channel , disney channel mahupun axn..

tetapi mereka tetap tengok tv 2 je..

itu dia semangat 1 Malaysia,

x abes lg tgk, da tido..



101209, Khamis


eeeehh, terlajak...

bangun pukol 5:15 plak...

dah bangun, cpt2 kejut member serumah..

teros gerak..

sampai masjid igtkan dah lmbt, tp rupa2nye baru ada 4-6 org.

baru hari kedua padahal..

mgkin semua tahajjud di rumah..

ok la..

pagi hr ni sampai petang SBK hingga pukul 5

balik subuh igtkan nk bantai tidor..

tp bile tgk kat luar ade beberapa makhluk Allah bwk basikal..

mak Daharah nmpk kami, dn berkate

“nak naik basikal? pi la amik, naik la pusin-pusin kampung”..

apa lagi..??

pilih basikal, gerak la, pusing2..

mula2 jumpa abg sarep kt tgh bendang,

pastu pg rumah Cikgu Zakaria, saje melawat..

rumah arodhi, emir dan hafizh..




duduk2 jap, pastu cikgu ajak jalan penang skali ngan mereka..

memandangkan x de aktiviti di rumah, ikut skali lah..

jalan2..

pusing2 penang,

Taman Botani, Batu Feringgi dan Fort Cornwallis


kempunan naik feri



taman botani


bergambar bersama francis light


balik..

solat jamak (pemalas nye pasal), tidur..


ptgnya ada perlawanan persahabatan ngn org kampung..

bole tahan la pdg die..

cantik dan besar..


baginda turun padang



habis main, bengkak kaki, pulang..

SBK sampai pagi.



111209, Jumaat


awal2 pagi dah kena ada di dewan nk bergerak ke USM, Pulau Pinang

utk mendengar ceramah motivasi, dan berlegar2 sekitar USM..

almaklum , kami bila dengar perkataan motivasi saja..

terus “termotivasi”.. fhm2 je la..

sampai sana masuk dewan kuliah, nmpak ada abg pakai jaket krj..

sah2 la ni KBM crew..

ikhwah ni menggelarkan dirinya abd `Aad (maaf jika salah eja)

laayaan..


dalam dewan kuliah


abang `Aad


ke muzium


oleh kerana pertama kali abg `Aad mengendalikan program secara sendirian..

penangannya mugkin kurang sedikit drpd KBM yg dibuat di sekolah

disusuli dgn masalah teknikal..

tetapi apa yg lebih penting ialah isi yg disampaikannya..

abes sesi motivasi.. masuk muzium USM..

tengok2, pusing2, bising2, keluar..

balik, solat jumaat di pokok tampang,

abes solat, ada pameran kesihatan

dan pemeriksaan kesihatan percuma

alhamdulillah blood pressure ok, cume berat kureng siket..

tp fawwaz, jaga2,

jgn makan berminyak, bykkan sayur, exercise lebih..

mana x nye, blood pressure 140/70..

haha...


then pg global ikhwan jap tgk apa yg ada,

siap jumpa duta nye lg, haha


duta bersama produknya

lps asar ada gotong royong memasak nasi daging..

mcm2 ragam la, potong timun pon menangis..




then,

lps isya` ada forum yg bertajuk “Remaja Pemangkin Generasi Soleh wa Musleh”

panelistnya terdiri drpd Ustaz Aziz, Ustaz Khairil Anuar dan Ustaz




121209, Sabtu


pagi2 ada sukaneka bersama warga kampung..

huhahuha..





musical chair




upacara penyampaian hadiah


tamat dlm tghhari, SBK sampai isya`..


waktu SBK tu abg Fauzi ajak jln2,

ikut la..

dan yg bestnye abg Fauzi bwk makan mee udang..

subhanallah..

udang galah segar, terbaik dari sungai..

pilih hidup2, masak..

maaaakaaan..




pilih udang dulu


hmm, Ya Allah..


makan dulu


abes melahap mee udang...

khidmat diri, solat apa semua...


lps isya`, main night war..

patutnya aktiviti ni x yah panggil night war..

lagi tepat, “aktiviti menyagat tangan di jalan tar”

betul x arodhi..??

mana x nye, abes game sumua bertempiaran cr saya..

aduh sakitlah.. plaster ada??

analgesic cream la, strepsils la, x de kaitan betol..

saat tu, barulah khidmat ajk keselamatan diperlukan,

haha, bukan kempunan tugas eh..

abes menyagat..

pg dewan ada berbeku plak..

makan2, balik, tidur..



131209, Ahad


azam hari terakhir, bangun awal..

alhamdulillah dpt la bangun awal dr hari lain..

mandi, packing sikit, gerak masjid ngan Karim..

habis solat subuh, balik rumah..

sarapan, terus gerak dewan utk majlis penutup.


majlis dimulai dengan persembahan pihak kami

dan seterusnya disambung oleh

persembahan Marhaban diketuai oleh Saad Osman

yang julung2 kali diadakan bagi sekolah kami

dan mendapat sambutan yg x tahu bagaimana nk digambarkan..

atas sambutan yg sebegitu rupa,

maka kumpulan Marhaban tersebut sekali lagi membuat

persembahan mereka...


harapan ketua kampung agar satu hari nanti Al-amin Gombak akn menjadi salah satu

cwngan pasukan Marhaban Pokok Tampang..

harapannnya juga agar satu hari nnti pasukan Marhaban pokok tampang

akn pula berkampung di Gombak bagi menurunkan ilmu2 Marhaban kpd kami..

aaamin..


Pasukan Marhaban Pokok Tampang


bagi mengakhiri majlis,

sekali lagi kumpulan marhaban dijemput bagi menutup majlis..

selesai majlis penutup,

sesi perpisahan, malas lah nk cerita..

naik bas..


ketika pulang


bertolak menuju chowrasta, pulau pinang

sebelum bertolak balik ke sekolah..



sampai sekola dlm pukol 10, balik umah tidur terus..


2 hari lps tu, sume pakat beli akhbar kosmo..


dpt la gak masok KOSMO!




sekian,


moga ukhuwwah yg kita bina di sini
hanyalah semata2 kerana Allah,
segala gelak tawa kenangan pahit manis dan tangis bersama
tidak disia2kan dengan indahnya bersaudara kerana
fizikal semata-mata, tetapi untuk mencapai redhaNYA

sebagai pedoman utk kita yg sentiasa memerlukan peringatan

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra).

wallahu`alam.

Monday, December 7, 2009