Tuesday, October 28, 2008

PERIHAL FILEM-FILEM

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
  • Cinta.
  • Cinta 3 segi.
  • Cinta 4 segi.
  • Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
  • Anak-anak rebut harta pusaka.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil,selak- selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh.( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.
10. Kalau terbang2 pijak daun,daun pon x bergerak.fuyoh gile!

Drama/Filem India/Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si bang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ktuk dengan tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla.. ..bla.... bla...'.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.
11. Ini yang paling penting ( kne highlight tuh ).adegan tari menari ke,dush2 bertumbuk ke..kalo buat kat malaysia,tggu lah lps tuh bole dapat anugerah DATUK!wa x tipu dow!sahrulkhan dah pon berjaya.
Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 direktur filem.

6 comments:

Afham Fuad said...

bapak argh ko nik..bape lame ko perati smeua filem2 tuh??hehe..

Unknown said...

hebat korang buat analisis. aku kagum dengan setiap perincian korang, haha. manyak betul oh apa yg ditulis tu.

kalau tengok filem hollywood, kita sibuk tanya, "macam mana dorang buat ah?"

kalau tengok filem malaywood, kita sibuk cakap, "sepatutnya dorang kena buat macam ni.. blah blah.. baru nampak real"

tak pun terus tukar channel. go malaysia. afdlin shauki jugak yg kreatif. yusri dgn cicakman dia. CGI dia zaman bila entah

Khalilah Alhuda said...

dahsyat betul..
klu di post kpd director2 filem msti terdiam..
hehehe

MMQ said...

wah.. ni mesti kaki filem.. kalau tak, mcm mana tahu.. btul x? haha.. tp apa2 hal pon mmg btul.. cuma nak tambah 1 je kt hindustan tu.. kalau dh nk start adegan menari tu.. tiba-tiba je org sekeliling tu pun tahu tarian yg sama..

said fahmi said...

bapak pnjg....

izzatzaid said...

wow, kagum ah dengan pemerhati yang buat entry ni .
ana pun xamek tau pasal filem2 ,
haha .
tak masuk periksa kot :P

best ar entry ni (:
& most , betul kott .